jauh perjalanan
telahku jelajahi
membawa seribu impian
berbekal pengalaman
mampukah aku melangkah
menuju satu daerah
masihkah ada
sinar yang menanti
masa dijanji pasti tiba
ku kan dijemput ke sana
bimbang langkah ku terhenti
ku terpaut di persimpangan
tak inginku mengingati
detik hitam semalam
tinggalah semua
jadi kenangan
keranamu kan ku gagahi
untuk terus sisa hidup ini
biar ku tebus segala dosa
selagi jasad bernyawa
leraikanlah rasa hatiku
padaku hanya engkau yang satu
belum pernah ku terasa
hebatnya cintamu
sungguh kau lebih mengerti
apa tersirat di dalam diri
ku mohon rasa kasih yang abadi
jujur ikhlaskah hati ini
menyintaimumu sepenuh hati
ataukah sekadar bila diuji
rahmat dan kasihmu tiada sempadan
biarpun jiwa dalam kelalaian
dihasut dengan pelbagai godaan