doa... /8:41 pm
Al-Quran sudah menjawabnya... /8:14 pm
min qalbi... /11:03 pm
alhamdulillah... /10:03 pm
jgn terlalu mencari kesempurnaan... /10:15 am
ehem2...ermmm..muci2 got diz 4rm blog urg...ermmm..nice..hayatilah :
jika kamu memancing ikan
setelah ikan itu terlekat di mata kail
hendaklah kamu mengambil ikan itu
jgnlah sesekali kamu LEPASKANNYA semula ke air begitu saja
kerana ia akan SAKIT dek bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup...
begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya
jgnlah sesekali kamu MENINGGALKANNYA begitu saja
kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...
jika kamu menadah air biarlah berpada
jgn terlalu mengharap pada takungannya
dan jgnlah menganggap ia begitu teguh
cukuplah sekadar KEPERLUANMU
apabila sekali ia retak
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula
akhirnya ia dibuang
sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
begitu juga jika kamu memiliki seseorang
TERIMALAH seadanya
jgnlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA
anggaplah dia manusia biasa
apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya
sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya...
jika kamu telah memiliki sepinggan nasi
yang kamu pasti baik untuk dirimu
mengenyangkan lagi berkhasiat
mengapa kamu berlengah
cuba mencari makanan yang lain
jgnlah terlalu mengejar kelazatan
kelak...nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya
kamu akan MENYESAL...
begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU dan MENGASIHIMU
mengapa kamu berlengah
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain
jgnlah terlalu mengejar KESEMPURNAAN
kelak...kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
kamu juga yang akan MENYESAL...
permata yang dicari... /8:09 pm
Glen Johnson signs 4 years deal... /7:45 pm